Wanita dan kalsium memang tak dapat dipisahkan. Lagi-lagi wanita mengandung & menyusu, atau pernah mengandung dan menyusu. Kaum wanita terdedah dengan pelbagai risiko jika kekurangan kalsium. Terdapat satu artikel yang sangat berguna tentang risiko-risiko ini. Saya petik beberapa info menarik.
- Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.
- Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.
- Kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi. Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.
- Pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
- Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri.
- Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih mudadaripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.
Lebih daripada Sekadar Kalsium
OsteMatrixTM membekalkan
nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam
pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi
magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk
membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz
kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.