Penyakit 3 serangkai iaitu penyakit
jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi adalah senarai teratas
penyakit yang menyerang kebanyakan manusia di zaman milenium ini. Kalau
cuma satu yang menyerang, anda sebenarnya cukup bernasib baik. Ini
kerana ada individu yang menghidap 3 serangkai ini serentak! Ingin
dimaklumkan ini bukan sesuatu yang pelik.
Anda perlu cakna tentang kesihatan anda, lebih-lebih lagi jika anda
seorang yang mempunyai gaya hidup kurang sihat (makan lewat malam, tidur
lambat dan merokok), berat badan berlebihan, mempunyai sejarah ahli
keluarga yang menghidap penyakit 3 serangkai dan berusia 30 tahun ke
atas. Anda perlu ambil langkah pencegahan bagi mengelak risiko penyakit 3
serangkai iaitu jantung, diabetes & darah tinggi.
Menurut sumber dari Kementerian Kesihatan, dari segi jumlah pesakit
yang menghidap diabetes, Malaysia berada di tangga pertama dalam Asia
dan tersenarai di tangga ke-10 dunia bagi selepas Asia Barat dan Asia
Pasifik. Mengikut rekod, ada 2.6 juta pesakit diabetes berusia lebih 30
tahun. Daripada jumlah ini, separuh atau 1.3 juta tidak sedar mereka
mempunyai diabetes. Anda yang berisiko tinggi, disarankan membuat
pemeriksaan awal dan berkala bagi mengelakkan sebarang komplikasi.
2)MENGAMBIL PEMAKANAN SEIMBANG
Kurangkan pengambilan lemak,terutama lemak tepu seperti mentega untuk
merendahkan risiko kolesterol berlebihan dalam darah sekaligus mencegah
risiko penyakit jantung. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga
10 hidangan sehari) diikuti diet rendah lemak. Ambil produk tenusu (3
hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.
Akhirnya, kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman. Anda
perlu memasak sendiri di rumah untuk mengawal paras gula dan garam dalam
masakan!
3.MELAKUKAN AKTIVITI DAN SENAMAN
Menurut Pakar Runding Kardiologi, Datuk Dr. Khoo Kah Lin, aktiviti
ringan atau sederhana, walaupun dilakukan selama 30 minit sehari boleh
membawa manfaat. Aktiviti yang dimaksudkan termasuk berjalan kaki sambil
bersiar-siar, naik tangga, berkebun, membersihkan laman, kerja rumah
yang sederhana atau berat, menari dan senaman di rumah. Senaman
berbentuk aerobik yang lebih cergas seperti berjalan pantas, berlari,
berenang, berbasikal, luncur kasut roda dan lompat tali pula merupakan
cara terbaik untuk meningkatkan tahap kecergasan jantung dan paru-paru.
Jika anda mahu meningkatkan lagi tahap kecergasan, anda perlu bersenam
30 ke 60 minit, kebanyakan hari dalam seminggu, pada kadar 50-80 peratus
daripada keupayaan maksimum anda.
4.MEMASTIKAN TIDUR YANG MENCUKUPI
Ubah gaya hidup anda. Masuk tidur lebih awal. Yayasan Tidur
Kebangsaan di Amerika Syarikat mengesyorkan tidur selama 8-9 jam bagi
orang dewasa. Tidur akan memperbaiki sistem imunisasi dan badan akan
kekal sihat. Semasa tidur, tubuh kita memproses glukosa. Jika tidak
cukup tidur glukosa akan gagal diproses dan berisiko untuk diabetes.
Oleh itu, pastikan tidur anda mencukupi supaya badan boleh memproses
glukosa dengan baik.Tidur yang mencukupi juga boleh melegakan dari
tekanan (stress) dan menjadikan badan lebih tenang disamping merendahkan
kadar kolestrol dan tekanan darah serta mengelakkan berlakunya penyakit
jantung.
5.KAWAL EMOSI AGAR TIDAK TERTEKAN / STRESS
Kawal emosi anda agar tidak tertekan atau stress. Ini boleh dicegah
jika anda berusaha meningkatkan kemampuan dan keyakinan diri untuk
menanganinya. Cara termudah mengatasi stress ialah dengan mencari
puncanya.Sekiranya beban kerja merupakan punca, berilah perhatian lebih
terhadapnya dan cubalah menyelesaikan setiap masalah yang timbul dengan
sebaik mungkin. Ada pelbagai cara untuk mengatasi stress antaranya rehat
seketika, melakukan riadah, bercakap dengan seseorang, bercuti dari
kerja dan sebagainya.
Akhir sekali, anda amat disyorkan untuk mengambil suplemen sebagai
usaha untuk mengurangkan risiko dan mencegah penyakit 3 serangkai ini.
Buatlah keputusan anda pada hari ini juga untuk manfaat kesihatan
berpanjangan kerana tubuh yang sihat adalah aset yang paling lebih
berharga dari segalanya.
Untuk ini, saya sarankan anda melaburkan wang untuk membeli VIVIX SHAKLEE.